Majlis Ramah Mesra Alumni

//Majlis Ramah Mesra Alumni

KOTA BHARU – Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Naib Canselor Bersama Alumni KUIM/USIM  pada 11 Februari ini di Kelantan.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Usim, Dr Nisar Mohammad Ahmad berkata, perjumpaan sulung di Kelantan itu diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara bekas penuntut lama dan yang baharu menamatkan pengajian di universiti tersebut.

Menurutnya, majlis tersebut juga dilaksanakan untuk berkongsi perkembangan terbaharu yang berlaku di pusat pengajian berkenaan.

“Bahkan ia juga mampu memberikan suntikan semangat serta perkongsian idea untuk lebih memantapkan lagi universiti.

“Mungkin menerusi pertemuan ini nanti bekas-bekas penuntut boleh menyarankan bentuk sumbangan mereka kepada universiti ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bekas penuntut yang berkelapangan boleh bersama- sama menghadiri pertemuan berkenaan di Kelantan Trade Center (KTC) pada jamm 2.30 petang.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Musa Ahmad yang bakal memberikan amanat beliau  untuk renungan bersama.

Program itu juga dianjurkan untuk mendapatkan kerjasama dengan alumni Usim dalam mengumpulkan data serta menjejaki ahlinya yang berkhidmat di Pantai Timur.
Keterangan gambar

2019-01-28T21:13:55+00:00