Nilai,  29 Mac 2024 -Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Persatuan Alumni menganjurkan Majlis Iftar Alumni USIM bertempat di Galeri Hal Ehwal Pelajar, USIM dengan kehadiran hampir 100 orang alumni bersama keluarga.

Acara tahunan ini semestinya dapat membina ruang dan jalinan ukhwah bersama para alumni yang hadir dari pelbagai latar belakang. Majlis dimulakan dengan ucapan YBrs. Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, ahli Lembaga Pengarah USIM yang berintikan rasa syukur dan penghargaan kepada alumni yang hadir walaupun majlis diadakan pada hari bekerja.
Beliau turut mengajak alumni untuk menyemarakkan rasa cinta kepada alma mater dengan mengikuti program yang dianjurkan oleh Pusat Alumni dan Kerjaya selain dapat meraparkan silaturrahim

Antara hadis yang menyebut berkenaan menyambung silaturrahim, sepertimana sabda Rasulullah SAW:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”
[Riwayat al-Bukhari (5986) dan Muslim (2557)]

 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM