Nilai, 16 Disember 2023 – Karnival Mega Alumni USIM anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Pusat Sukan buat julung kalinya telah mempertemukan semula hampir 1,000 orang alumni USIM dari pelbagai latar belakang. Karnival yang mendapat kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar, Perpustakaan USIM, Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Keusahawanan Universiti, Pusat Kebudayaan, Pusat Islam, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah, Pusat Perumahan Pelajar, Persatuan Alumni, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Sekretariat Pelajar telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya adalah aktiviti sukan, aktiviti sukaneka kanak-kanak dan dewasa, pemeriksaan kesihatan percuma, lawatan sekitar USIM, pelbagai gerai jualan, solat berjemaah dan tazkirah, cabutan bertuah dan majlis makan malam yang boleh disertai bersama ahli keluarga. Terima kasih juga kepada Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud, selaku Ahli Lembaga Pengarah USIM (Wakil Alumni) atas inisiatif yang bermakna ini. Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua alumni yang telah hadir dan selamat kembali ke alma mater. Kami sentiasa menanti kepulangan anda.