|
Tawaran Program Skim Pengurusan Peningkatan Keupayaan Graduan (GEMS) |
|
Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) bersetuju menyahut seruan kerajaan untuk membantu graduan-graduan yang menganggur melalui program "Graduate Employability Management Scheme" (GEMS). Melalui program GEMS ini, PCG akan bekerjasama dengan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menjalankan latihan industri bagi membantu memperlengkapkan para graduan menanggur dengan kemahiran dan pengalaman yang bernilai komersial. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan peluang para peserta program untuk mendapatkan pekerjaan. Syarat Penyertaan 1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berijazah Sarjana Muda 2. Memperolehi CGPA minimum 2.5 3. Berumur kurang daripada 27 tahun 4. Pemohon mestilah berkeinginan untuk mengikuti latihan industri di organisasi-organisasi berkaitan. Tempoh Program 8.5 bulan 
Program Latihan 2.5 bulan menghadiri kelas latihan 6 bulan mengikuti latihan industri Maklumat Lanjut: Borang Permohonan boleh dimuat turut di laman web http://www.mygemsportal.com.my |
|
|
Tawaran Pekerjaan Alumni USIM sebagai Penceramah Jemputan PLKN |
|
Starza Corporation Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyedia latihan korporat Bumiputera yang terbesar di Malaysia mengalu-alukan individu yang dinamik, berpengetahuan dan mempunyai personaliti yang menarik untuk mengisi kekosongan sebagai : PENCERAMAH JEMPUTAN (SEPARUH MASA) PROGRAM INTEGRASI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) Kelayakan : - Minimum Pemegang Ijazah
- Matang dan mempunyai kemahiran penyampaian yang baik
- Boleh mengajar dengan menggunakan Bahasa Melayu
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengajar subjek budaya, agama, jantina, pendidikan moral adalah satu kelebihan
- Penceramah bebas, lepasan universiti, tutor dan guru-guru bersara digalakkan untuk memohon
Diskripsi Tugas - Melatih wira dan wirawati (pelatih PLKN) di kem-kem latihan PLKN seluruh Malaysia bagi subjek Kebudayaan, Keagamaan dan Peranan Lelaki dan Perempuan
- Memastikan para pelatih PLKN dapat meningkatkan pemahaman bagi subjek yang diajar dan objektif pengenalan Program Integrasi PLKN tercapai.
Borang permohonan boleh diperolehi di www.starzacorp.com.my. Borang permohonan hendaklah dihantar melalui pos atau fakskan ke 03-42895300 sebelum atau pada 3 April 2009. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Nadia, Cik Eera, Cik Fiza, Cik Tuty, Cik Eza, Cik Syirin atau En. Aizan di talian 03-42895207/ 5200. |
|
|
Pengemaskinian Data Alumni Dalam Portal Alumni USIM |
|
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1429h kepada seluruh warga Alumni USIM. Alumni USIM telah masuk ke generasi keenam penubuhannya. Justeru, Unit Pentadbiran dan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif untuk mengumpulkan maklumat peribadi dan pekerjaan melalui portal Alumni USIM di alamat http://alumni.usim.edu.my. bagi tujuan menganalisis kebolehan pasaran guna tenaga graduan-graduan lepasan KUIM/USIM pada masa sekarang dan masa hadapan. |
|
Berita Penuh...
|
|
|
Unit Pentadbiran dan Alumni, Bahagian HEP dengan kerjasama Pusat Pengurusan Ilmu dan Teknologi Maklumat USIM telah membangunkan laman web alumni USIM. Laman web ini mengandungi pelbagai maklumat penting mengenai Unit Alumni Bahagian HEP dan Persatuan Alumni USIM serta dijadikan sebagai salah satu kaedah hebahan yang sangat efektif untuk menanamkan sifat kecintaan terhadap alma mater (USIM supaya alumni dapat bekerjasama dengan Pihak Pengurusan USIM dalam meningkatkan citra Universiti). |
|
Berita Penuh...
|
|
|
Penubuhan Tabung Alumni KUIM |
|
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan KUIM Bil. 5/2006 telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung Alumni KUIM selaras dengan keputusan Pihak Pengurusan KUIM yang telah bersetuju dengan keahlian Persatuan Alumni KUIM secara automatik. Pengendalian tabung ini diletakkan secara sementara dibawah Akaun KUIM dan akan diserahkan kepada Persatuan Alumni KUIM apabila pengurusannya telah mantap. |
|
|
Keahlian Persatuan Alumni USIM Secara Automatik |
|
Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 28/2006 lalu telah bersetuju untuk mengenakan bayaran yuran keahlian Persatuan Alumni USIM secara automatik sebanyak RM50.00 sebagai Ahli Seumur Hidup kepada pelajar-pelajar semasa yuran semester pertama mulai sesi kemasukan 2007/2008. Manakala, bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program pengajian, yuran keahlian Persatuan Alumni USIM secara automatik tersebut akan dikenakan semasa yuran konvokesyen. Dalam hal ini, usaha-usaha untuk menarik minat bekas-bekas graduan USIM yang masih belum menjadi ahli Persatuan Alumni USIM hendakah dipertingkatkan. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 7 of 9 |