NILAI, 11 Oktober 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan Universiti Awam pertama menganjurkan Ceramah Kerjaya InvestED bagi Zon Tengah. Lebih 300 orang pelajar tahun akhir dari pelbagai fakulti hadir menyertai Ceramah  Kerjaya InvestED oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang diadakan bertempat Dewan Kuliah Fakulti Ekonomi dan Muamalat (DKF 1.1).

Sebanyak empat (4) sesi dan panel terlibat iaitu The Malaysian Capital Market, Driving Economic Growth oleh Datuk Kamarudin Hashim, Managing Director, Securities Commission Malaysia, Fireside Chat With Iconic Speakers oleh Dato’ Fad’l bin Mohamed, CEO Maybank Investment Bank, Forum A Career in the Capital Market: How You Can Make A Difference oleh Gerald Ambrose, CEO abrdn Islamic Malaysia Sdn Bhd; Ashok Lopez, Head of Securities Services Malaysia, HSBC; Chow Siew Fun, Head of Compliance, Kenanga Investment Bank; dan InvestED: NextGen Capital Market Talent, oleh Intan Ruhanida.

Ceramah berkonsepkan perkongsian individu yang berkaliber dalam karier masing-masing menjadi satu penarik untuk pelajar lebih tahu tentang program InvestED selain boleh meningkatkan lagi penyertaan graduan dalam program InvestED. Melaluinya, Jabatan Pengajian Tinggi menerusi SC melaksanakan beberapa siri ceramah di UA terpilih bagi memberikan pendedahan dan menarik minat para graduan untuk mengambil bahagian dalam industri pasaran modal.

Ia merupakan susulan Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia pada 10 April 2023 dalam meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran graduan Universiti Awam dan Swasta terutamanya bagi industri pasaran modal dalam tempoh 3 tahun.

Turut hadir adalah YBrs. Haji Mazlan Nawang, Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya; YBrs. Prof. Madya Dr. Khairil Faizal bin Khairi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat; YBrs. Prof. Madya Dr. Muhamad Azrin Nazri, Timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FEM dan para pensyarah.


PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM