NILAI,  11 Mei 2024 – Pusat Alumni dan Kerjaya pada kali ini menyambut hampir 500 orang tetamu termasuk ahli keluarga alumni yang hadir meraikan Majlis Tautan Ukhuwah Raya Alumni USIM 1445H/2024. Pelbagai juadah disediakan antaranya Mi Kari, Soto, Rendang Ayam/Daging, Lemang, Sate, Kambing Golek, dan aneka kuih-muih berserta air balang pelbagai jenis.

Terima kasih tidak terhingga kepada para alumni yang sudi menaja banner, bunting, sistem audio, kambing golek, air balang, fasiliti dan logistik, brownies, dan kek yang berjumlah RM 5000.

Kehadiran YBrs. Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) memeriahkan lagi suasana majlis. Walaupun alumni dari latar belakang pengajian yang berbeza dan lama tidak bersua muka, namun status “graduan USIM” tidak akan hilang malah menguatkan ukhuwah yang sedia ada menjadi kukuh dan utuh.

Inilah yang dapat digambarkan dan dirasai ketika berada di majlis seperti ini. Semoga ukhuwah yang terjalin sesama kita akan terus kekal hingga ke akhir hayat 🌸

Senarai penaja (alumni) :

1) LNC Print Room (M) Sdn Bhd
2) Zikr One IT
3) Keki Deligh & Dessert
4) AZ Printing
5) Encik. Marwan Tahir
6) Encik. Mohd Hariri Mohamad Daud

 
 

#raya2024 #connectingalumnisupportingusim #alumniusim

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM