NILAI, 25 Januari 2023 – Kedai membaiki perkakas IT, Zikrone IT terletak tidak jauh dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) diketuai Pengarah, Hj. Mazlan Nawang mengambil kesempatan bertemu dengan pemilik Zikrone IT, Saudara Muhammad Amirul Haikal Misman, Alumni Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) tahun 2017.
Bermula tahun 2013 hanya mengusahakan di dalam USIM seterusnya pada tahun 2016 berpindah ke Acacia Avenue yang strategik berada dalam ruang lingkup Kolej Kediaman USIM. Bukan hanya itu, kedai di dalam Kampus USIM masih berjalan yang diusahakan oleh rakan usahasama.
Dahulu pula dikenali sebagai ‘Zikr One IT’ namun kini selesa menjadi buah mulut ramai sebagai ‘Zikrone IT’ telah mempunyai hampir 15 orang pekerja merangkumi kedai di Low Yat Kuala Lumpur, Gong Badak dan Kuala Terengganu.
Menurut Saudara Haikal mencecah seramai 6 orang Alumni USIM dari pelbagai latar belakang fakulti kini bekerja di Zikrone IT yang kebanyakannya bermula daripada jalani praktikal yang mana akan dilibatkan menjalani kursus luar bagi meningkatkan kemahiran untuk menggilap potensi sebelum bekerja sepenuhnya di Zikrone IT.
Perkhidmatan yang disediakan adalah berpatutan dengan kos bagi komuniti pelajar dan juga bukan pelajar sesuai dengan matlamat untuk membantu kelompok pelajar mudah mendapat capaian dalam masalah teknikal perkakasan IT. Saudara Haikal turut berkongsi, sejajar dengan perkembangan perniagaan dan keperluan komuniti, Zikrone IT mampu untuk bertahan kerana sentiasa merangka strategi dari sudut pembekalan barangan, perundingan dan penetapan harga dan juga menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran.
Zikrone kini sedang dalam proses menjalin ruang kerjasama dengan Syarikat Lenovo melihatkan kepada keperluan pelanggan majoritinya pelajar. Zikrone IT juga mempelawa dan membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat menjalani latihan di kedai ini. Zikrone IT bukan hanya melatih anda ebanyakkan staf akan di train, dan akan galakkan mereka untuk menguruskan sendiri bisnes perniagaan tersebut.
Pendapat:
Pusat Alumni dan Kerjaya kagum dengan perkembangan Zikrone IT ini. Anak muda yang gigih dan mempunyai strategi perniagaan yang tersusun serta berpandangan jauh untuk meneruskan kelangsungan perniagaan dan sedia memenuhi keperluan komuniti terutama pelajar USIM dan penduduk sekitar.
Zikrone IT juga mempelawa dan membuka peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat menjalani latihan di kedai ini. Mereka bukan hanya melatih anda sebagai pekerja namun menyediakan peluang pekerjaan untuk anda membina perniagaan sendiri melalui galakan dan bimbingan. Zikrone IT telah memainkan peranan sebagai ‘job creator’. Ia memenuhi hasrat Pengurusan Universiti untuk menghasilkan graduan yang holistik, bercirikan usahawan dan seimbang melalui Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.
Syabas Alumni USIM dan semoga terus maju!
Alamat Facebook : https://www.facebook.com/otailaptopnilai/
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM