6 Jun 2023 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff bersama Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang telah melaksanakan Ziarah Kasih @ Alumni bertujuan membuat kunjungan melawat alumni yang dalam keadaan tidak mengizikan di kediaman masing-masing.

Alhamdulillah Ziarah Kasih berjalan seperti yang diharapkan. Pertemuan pengurusan di kediaman Pn. Nurul Hafizatul Akma Nasrudin disambut baik oleh suaminya, En. Mohd Zaidi Mohd Yunos. Kunjungan tersebut memberi ruang dan kesempatan kepada pengurusan untuk bertanya khabar agar dapat menjalin ukhwah dan tanda prihatin kepada kebajikan alumni.

Pn. Nurul Hafizatul Akma, alumni Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FBPU) bergraduasi tahun 2011 setia ditemani oleh suaminya yang banyak mengurus kebajikan dan keperluan Pn Zuraidah dengan bantuan dua orang pembantu.

Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah menghadapi dugaan tersendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada keluarga ini.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM