NILAI, 1 Januari 2023 – Warga Kerja Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbesar hati menerima kepimpinan pengarah baharu, YBrs. Hj Mazlan Nawang berkuatkuasa 1 Januari 2023.
Hj Mazlan menyatakan hasrat akan meneruskan kecemerlangan PAK sebagai penghubung di antara universiti dengan para Alumni dan Persatuan Alumni USIM serta memperkasa pengurusan kebolehpasaran graduan (GE) universiti dan program kerjaya kepada bakal graduan.
Hj. Mazlan Nawang bersama En Asri Husain, Mantan Pengarah PAK di sesi penyerahan serah tugas
“InshaAllah kami juga mengalu-alukan kerjasama dan sentiasa terbuka menerima penglibatan para alumni untuk berkolaborasi, berkongsi idea dan pandangan dari pelbagai aspek. PAK juga bersedia berganding bahu dengan rakan-rakan USIM lain untuk bersama-sama memacu matlamat agar keterlihatan graduan USIM dalam pasaran pekerjaan sentiasa di tahap yang terbaik.”
Ia selaras dengan misi PAK, “Connecting Alumni, Supporting USIM”.
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM