NILAI, 18 April 2023 – Program i-Digital Broadcast Journalism (i-DBJ) kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan KRU MasterClass melalui program PENJANA KPT Career Advancement Programme (PENJANA-KPT-CAP) berjaya dilaksanakan. 27 mac -18 april

Program yang diterajui oleh Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) merupakan kolaboran bersama pemain industri yang terkemuka dalam pembinaan kandungan dan teknologi iaitu KRU MasterClass Sdn. Bhd., Nurflix Sdn. Bhd, Bacalah Malaysia.com.

Pada majjis penutupan yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang menyaksikan seramai 30 pelatih daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima sijil tamat program yang diadakan melalui pendekatan teori dan amali (hands-on) dalam produksi video, audio dan juga penulisan.

“Buat para pelatih program, tahniah diucapkan kerana anda semua telah memanfaatkan segala input dari program yang telah dijalankan ini dengan sangat baik dan berjaya mengikuti keempat-empat modul program,” ucapnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU MasterClass, Datuk Norman Abd Halim berkata, kejayaan program ini termasuk kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana telah memberikan dana, selain sokongan USIM sepenuhnya.

Ujarnya, sepanjang 20 hari program di USIM, pelatih mempelajari beberapa modul pembelajaran seperti penerbitan video, penyiaran dan kewartawanan, mobilegraphy, undang-undang dan kandungan media, portal berita dalam talian dan penulisan skrip.

“Melalui latihan ini, graduan USIM dan IPTA lain menjadi kelompok tumpuan perhatian industri kerana kelebihan pengetahuan tentang bidang kewartawanan penyiaran, penghasilan kandungan media, penerbitan video dan audio serta penulisan skrip dan berita,” ucapnya lagi.

“Terima kasih tidak terhingga dari pihak pengurusan dan penganjur untuk kerjasama daripada kalian semua yang amat membanggakan bagi menjayakan program ini sehingga tamat.

“Diharapkan semua pelatih berjaya dalam mendapat penempatan pekerjaan dalam bidang ini serta mampu menghasilkan berita yang bernilai tinggi dan mendapat kredibiliti daripada masyarakat,” ujarnya lagi.

Suntingan daripada JURNAL MALAYSIA

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM