Nilai, 21 Jun 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi universiti pertama yang mendapat taklimat Program Bakat Pasaran Modal Untuk Graduan (CGMP) melalui inisiatif investED yang diterajui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Taklimat ini memberi pendedahan kepada pelajar dan universiti tentang peluang yang ada di pasaran modal dan bagaimana pihak SC boleh membantu membangun dan melatih pelajar dalam bidang yang berfokus dan tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Seramai hampir 300 peserta menyertai taklimat secara atas talian dari jumlah pendaftaran awal yang diterima Pusat Alumni dan Kerjaya adalah sebanyak 148 yang disampaikan oleh Puan Meha Kasbun dan Encik Azril Bahaman daripada SC.

“Peluang pekerjaan tidak terhad di dalam Malaysia sahaja malah turut mendapat peluang kerja cerah berkerja dalam industri antarabangsa. Justeru taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta berkaitan pasaran modal kerana menurut kajian MOHE peluang pekerjaan masa kini kian mencabar,” ujarnya.

Sementara itu, pada 19 Jun 2023, CGMP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperkenalkan inisiatif invested akan membuka peluang pekerjaan dalam pasaran modal dalam tempoh satu ke dua tahun.

Melalui program pasaran modal, SC menawarkan Foundation Program (program atas talian bagi pelajar tahun 3 dan tahun akhir yang telah bergraduasi. Mereka akan mendapat sijil setelah selesai modul dan lulus penilaian melibatkan soalan objektif.

Manakala Leadership Program pula terbuka kepada pelajar yang akan bergraduasi dan telah bergraduasi kurang dari 1 tahun yang akan menjalani latihan selama 7 bulan. Permohonan boleh dibuat secara online. Melaluinya, pelajar yang terpilih perlu menyediakan satu video pengenalan pelajar kemudian pihak SC akan membuat saringan ke peringkat temu duga.

Rakaman boleh ditonton di Facebook rasmi Pusat Alumni dan Kerjaya https://fb.watch/mtezMs27U5/

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM