NILAI, 5 April 2023 – Staf Pusat Alumni dan Kerjaya tidak melepaskan peluang menyertai program gotong royong penyediaan bubur lambuk bagi edaran bubur lambuk komuniti anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAGMATIS) bersama Pusat Sukan.

Staf Pusat Alumni yang juga ahli PRAGMATIS mengambil kesempatan menghulurkan bantuan tenaga dan masa untuk sama-sama menjalankan program kemasyarakatan untuk meningkatkan rasa syukur dan rasa kebersamaan sesama Islam.

Dalam suasana bulan Ramadan yang penuh berkat, program seperti ini menampakkan hasil yang diharapkan. Bubur lambuk dapat disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan semangat tolong menolong dalam kalangan warga USIM jelas dapat dilihat.

Program yang merupakan tradisi setiap bulan Ramadan memberi pengalaman staf bersama wakil daripada Urusetia Sukan Rekreasi Pelajar, Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), PRAGMATIS, Koperasi Kakitangan USIM dari awal penyediaan bahan bubur lambuk hingga ke persiapan bagi pembungkusan bubur lambuk sebelum dibuat edaran kepada beberapa komuniti berdekatan di sekitar Nilai.

“Saling Menolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan taqwa. Dan jangan saling menolong pada perbuatan yang dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah SWT. Sebenarnya siksaan Allh SWT sangatlah pedih.” – Surah Al-Maidah (ayat 2)

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube Tiktok) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM