NILAI, 26 Jun 2023 – Pusat Alumni dan Kerjaya berkesempatan menyertai Hari Bertemu Pelanggan anjuran SCIROSH bersempena Sambutan Hari USIM ke-23 tahun. Sesi diadakan bertempat di Lobi Utama Perpustaan USIM.

Pusat Alumni dan Kerjaya menerima kunjungan sebanyak lebih 35 orang pengunjung bukan hanya alumni dalam kalangan staf USIM, malahan para pelajar. Pada masa ini, Pusat Alumni dan Kerjaya berpeluang memperkenalkan fungsi jabatan kepada pelajar yang hadir yang bakal menjadi graduan USIM dan akan berurusan dengan jabatan ini pada masa akan datang.

Pelbagai acara disediakan di tapak pameran Pusat Alumni dan Kerjaya yang disertai oleh pengunjung antaranya pemberian cenderamata percuma, cabutan bertuan, kuiz serta hadiah istimewa buat alumni yang lahir pada Jun. Kaunter pertanyaan, semakan portal alumni, pendaftaran sebagai ahli alumni juga dibuka kepada pengunjung yang hadir.

Pusat Alumni dan Kerjaya mengharapkan agar sesi pertemuan seperti ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan membina jaringan kerjasama yang baik di antara pusat tanggungjawab di USIM.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM