NILAI, 16 Oktober 2023 – Pusat Alumni dan Kerjaya meneruskan misi Jejak Alumni bagi menyantuni alumni yang berkecimpung dalam dunia perniagaan kedai restoran.

Puan Nurkhalidah Mohd Amir, alumni 2016 dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan membuka perniagaan berdekatan dengan kampus USIM di Nilai mempunyai tarikan tersendiri.

Kedai yang dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 petang menyediakan menu berkonsepkan ala barat dengan pelbagai menu menarik. Dengan harga yang berpatutan semestinya menjadi antara pilihan pelajar USIM untuk menikmati hidangan yang berbeza dari kebiasaan dengan konsep kedai yang minimalis dan santai sesuai untuk ruang rehat pelajar juga.

Pusat Alumni dan Kerjaya mengharapkan agar perniagaan yang diusahakan akan berkembang dengan baik pada masa akan datang.

Selamat Maju Jaya Alumni!

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM