Terengganu, 7 September 2024 – Pusat Kerjaya dan Alumni bersama Pusat Kesihatan USIM telah menyantuni 60 orang anak-anak yatim dalam Program Jaulah Kesukarelawanan di Asrama Perkaya Besut Kampung Pondok Paku, Keradang, Jabi, Jertih, Besut, Terengganu pada 7 September 2024, Sabtu.

      

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan kepada anak anak di Asrama Perkaya sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah slot motivasi yang telah disampaikan En. Fikri Mahasan, alumni 2016 FPBU serta slot kesihatan dan minda cerdas yang telah disampaikan oleh staf PKU.
Seramai 9 orang pelajar dari Kelab Sahabat Alumni (KSA) menyertai program ini walaupun mereka sedang cuti semester. Tahniah diucapkan atas kesanggupan mengorbankan masa cuti dengan aktiviti sukarelawan.

#alumniusim
#sayangusim
#connectingalumnisupportingusim