BENTONG, 18 Mei 2024- Kelab Sahabat Alumni (KSA) dengan kerjasama Pusat Alumni dan Kerjaya USIM pertama kalinya pada tahun ini menganjurkan program bersama Badan Amal Nur-Zaharah Janda Baik, Bentong milik Alumni USIM, Encik Yahya Yusof. Bukan sahaja pengasas badan amal, beliau juga merupakan seorang pengurus dan pengusaha Kopi & Kraf , Akademi Tahfiz Al-Fathonah serta beberapa chalet berdekatan di Janda Baik.

KSA adalah satu kelab dibawah seliaan Pusat Alumni dan Kerjaya dan ahlinya terlibat secara tidak langsung dengan aktiviti yang melibatkan alumni. Program yang dianjurkan KSA ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pengalaman dan pengetahuan untuk memperkukuh hubungan antara warga badan amal dan masyarakat setempat selain memberi peluang kepada urus setia KSA beramah mesra bersama anak-anak badan amal di samping dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pembangunan diri melalui program ini.

Seramai 15 orang pelajar KSA terlibat dalam aktiviti yang dijalankan bersama 32 anak-anak badan amal. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ice Breaking, Pekongsian Pengalaman Hidup di Universiti, Cross It Right ! Fiqh Version, Can You Find Me?, Gotong-Royong, Solat Berjemaah dan banyak lagi. Ketua projeknya, Muhammad Adib Hafiz Adam, berkata usaha ini yang disertai dengan pelbagai aktiviti dilihat berupaya memberi impak besar kepada anak-anak ini mengenai bidang yang boleh diteroka pada masa hadapan.

Pusat Alumni dan Kerjaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pengurusan Badan Amal Nur-Zaharah atas kerjasama penganjuran ini. Semoga Encik Yahya Yusof dan warga Badan Amal Nur-Zahirah maju jaya dalam bidang keusahawanan dan kesukarelawanan yang diceburi.

     

     

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM