Terengganu, 28 September : Seramai 30 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Pusat Alumni dan Kerjaya, Pusat Kesihatan Universiti, Kelab Sahabat Alumni USIM dengan kerjasama Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMTAI) berjaya melaksanakan Program Jaulah Semarak Malaysia Madani pada 28 hingga 29 September 2023.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Tn. Hj. Mazlan Nawang, berkata program yang dijalankan bertempat di Masjid Al-Attiyah Kg. Kuala Pueh, Kuala Berang ini secara keseluruhan dapat memberi manfaat dalam membentuk keterampilan diri dan nilai-nilai murni yang baik.

Tambahnya, manfaat bukan untuk kita sahaja, malah untuk masyarakat kerana kita juga me tenaga dan kepakaran untuk dikongsi bersama contohnya aktiviti saringan kesihatan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar tanpa mereka perlu keluar ke bandar.

Katanya, antara program tumpuan yang dijalankan adalah sumbangan barangan asas ke rumah keluarga asnaf, saringan kesihatan kepada penduduk sekitar, mengecat tiang masjid, tadabbur alam dan sebagainya

Menerusi program ini juga, pelajar dari Kelab Sabahat Alumni dapat melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan di kawasan luar bandar, tambahnya lagi.

Seorang sukarelawan Saudara Nizar Syahid, juga merupakan Pengerusi Kelab Sahabat Alumni, berkata semasa menyertai aktiviti sukarelawan, terdapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh seperti kemahiran berkomunikasi yang baik, kemahiran berorganisasi dan sebagainya.

Tambahnya, “Program seperti ini dapat membuka minda dan jiwa saya tentang bagaimana kita berinteraksi dengan masyarakat dengan sebaiknya, kerana perbezaan umur dan latar belakang sepatutnya tidak dijadikan halangan untuk kita berkasih sayang sesama manusia.

“Program Tadabbur Alam yang dijalankan dapat mendekatkan diri kita dengan Allah kerana kita lebih dekat dengan alam semula jadi, jauh dari kesibukan dunia kerana ketika ini kita berada dalam keadaan yang tenang kerana kita melihat flora dan fauna”, katanya.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM