PULAU PINANG, 1 Julai 2024- Program Ngopi @ Alumni Pulau Pinang bersama Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff berjaya mengumpulkan 30 orang alumni di sekitar Pulau Pinang termasuklah alumni yang menetap di sekitar Kedah dan Perak.

Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff  inisiatif Pusat Alumni dan Kerjaya dalam usaha mengumpulkan alumni secara berpusat sangatlah digalakkan kerana dapat memberi peluang kepada alumni untuk kembali bersua muka bersama rakan alumni serta pegawai USIM yang pastinya telah lama tidak berhubung setelah tamat belajar di USIM.

Pusat Alumni dan Kerjaya mengucapkan terima kasih kepada alumni sekitar Pulau Pinang yang sudi meluangkan masa untuk kita bersua. Semoga jalinan ukhuwah yang terbina mendekatkan kita lagi dalam kerjasama yang akan datang.

“Connecting Alumni, Supporting USIM”