PROFIL MENTOR USAHAWAN ALUMNI USIM
Mohamed Saat Bin Ismail, kerjayanya bermula sebagai Pembantu Makmal Jabatan Sains Tanah, Universiti Putra Malaysia (UPM) 1978. Kemudian beliau berpindah ke Universiti Sains Malaysia(USM), Kubang Kerian 1983 sebagai Penolong Pegawai Sains Perubatan Jabatan Fisiologi. Berbekalkan dengan semangat untuk membuat perubahan dalam hidupnya, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Sains (Bio Perubatan) (BSc.) Universiti Putra Malaysia 1997 dan Sarjana Sains (Sukan) (MSc.) di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2005, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Fisiologi Senaman/Fisiologi Persekitaran di Universiti Kyushu, Jepun. Beliau telah mengambil keputusan menukar kerjaya sebagai ahli akademik iaitu Pensyarah (DS 45), di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.(USM) pada tahun 2005 dan kini menjawat jawatan sebagai Prof Madya Kehormat di USM. Minat beliau dalam bidang keusahawanan terutamanya berkaitan koperasi amat tinggi. Maka dengan sebab itulah, beliau telah diberikan kepercayaan mengetuai pelbagai perkara berkaitan dengan bidang koperasi seperti Ahli Majlis Perunding Koperasi Kebangsaan (MPKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2019-2021; Ahli Mesyuarat Majlis Pakar Rujuk Indeks Gerakan Koperasi, Malaysia Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) (2017-kini); Panel Kajian Kurikulum Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2017; Pengerusi Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad. 2008-sekarang; dan lain-lain lagi. Atas kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, sosial dan kemasyarakatan telah melayakkan beliau menerima pelbagai pengiktirafan seperti Anugerah Kecemerlangan Maal Hijrah USM 2008; Anugerah kecemerlangan Khidmat Masyarakat (USM) 2013; Anugerah Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan, (Kategori Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan) 2016; Bentara Setia Kelantan (BSK) 2013; Anugerah Koperasi Negara, (Kategori Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan) 2014; Anugerah Khas Wira POKB Sempena Pusat Banjir,(POKB -UMK 2014); Anugerah Tokoh Kecemerlangan Khidmat Masyarakat Bahagian Jaringan Masyarakat Dan Industri USM oleh Canselor USM-Raja Perlis 2015; Anugerah Tokoh Koperasi Negara Peringkat Negeri Kelantan 2016; Anugerah Majikan OKU terbaik 2019; dan Anugerah tokoh Aktivis Kebajikan Cakna OKU 2020.