15 Mac 2025 – Majlis Iftar @ Alumni 2024 merupakan program tahunan yang menjadi wadah bermakna dalam mengukuhkan ukhuwah dan silaturahim alumni daripada pelbagai latar belakang. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Mohd Hariri Mohamad Daud, Ahli Lembaga Pengarah (Alumni) USIM, yang menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas komitmen alumni yang hadir meskipun diadakan pada hari bekerja. Beliau turut mengajak alumni untuk terus menyemai rasa cinta kepada alma mater dengan menyertai program anjuran PUSAKA USIM.

   

Pusat Kerjaya dan Alumni dengan kerjasama Persatuan Alumni USIM telah menganjurkan Majlis Iftar Alumni USIM di Galeri Hal Ehwal Pelajar, dengan kehadiran hampir 100 orang alumni bersama keluarga.

Majlis ini selari dengan sabda Rasulullah SAW yang menekankan kepentingan silaturahim sebagai sumber keberkatan rezeki dan kehidupan, sekali gus menjadikan Majlis Iftar Alumni USIM bukan sekadar pertemuan, tetapi simbol kebersamaan dan kasih sayang yang berterusan.