NILAI, 17 April 2023 – Seramai 26 orang Alumni USIM menghadirkan diri secara maya melalui aplikasi zoom dan USIMTV di Facebook. Majlis Bacaan Yasin Bersama Alumni USIM sempena pecutan akhir bulan Ramadan 1444 Hijrah pada jam 1 petang.
Majlis berjalan lancar dengan pimpinan bacaan yasin oleh Ustaz Muhammad Nur Fathi Mohd@Mohamad yang juga alumni di sini. Tujuan majlis seperti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara alumni dan alma mater. Pada penghujung majlis ini dihebahkan juga Tabung Kebajikan Alumni untuk memberi peluang kepada alumni membantu golongan yang ditimpa musibah.
Majlis yang diadakan secara maya ini turut dibantu oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM bagi mencapai objektif yang diharapkan.
Pautan yang disediakan adalah seperti berikut :
Facebook Live USIM TV https://www.facebook.com/USIMTV
Zoom https://bit.ly/bacaanyasinalumniusim
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM