NILAI, 29 Januari 2024 – Pusat Alumni & Kerjaya mengunjungi tapak perusahaan milik alumni USIM, Muhammad Amirul Aiman Ahmad Zaihan dari Fakulti Syariah Undang-Undang tahun 2021.
Kedai yang beroperasi di Nilai Square mengusahakan percetakan baju dan kini dalam proses mengembangkan perusahaannya dalam bidang pertanian dan juga perniagaan fotografi studio.
Pusat Alumni dan Kerjaya diwakili Pengarah, Hj. Mazlan Nawang amat tertarik dengan perkongsiannya yang bukan hanya menumpukan kepada perniagaan percetakan semata, namun turut giat secara aktif memberi sumbangan semula kepada USIM dalam kepakaran yang dimilikinya.
Hj. Mazlan Nawang menyatakan agar beliau terus memberikan yang terbaik dan kembali berbakti kepada USIM selain memberi peluang kepada graduan dan pelajar yang ingin mengumpul pengalaman bekerja di AZ Printing.
Selamat maju jaya diucapkan.
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM