NILAI, 20 Januari 2023 – Sesi pertemuan pertama bertempat di Rumah Alumni USIM di antara Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK), Hj. Mazlan Nawang bersama Persatuan Alumni USIM membakar semangat permulaan tahun baharu 2023.

Sesi taaruf dan bertukar pandangan bersama mengenali pasukan Persatuan Alumni USIM yang menjadi sebahagian keluarga PAK dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Justeru PAK mengharapkan sokongan yang padu daripada semua Alumni USIM bagi menggerakkan perancangan dan aktiviti secara bersama.

Perancangan ke hadapan bersama Persatuan Alumni USIM untuk menjayakan agenda dan program yang membina kesatuan Alumni USIM dibincangkan dengan mengambil pendekatan program-program berbentuk santai dan ilmiah.

Pertemuan tersebut dihadiri oleh Pengerusi, Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) (Alumni FEM 2014), Dr. Muhammad Annurdin bin Sabarudin, Pensyarah Fakulti Pergigian (FPg) (Alumni FPg 2012), Mohd Hakimi bin Ali, Guru di Putrajaya (Alumni FSU 2007), Nurliyana Mohamed Razali, Pegawai Tadbir USIM (Alumni FKP 2009) dan Siti Sofiah Sah Hit (Alumni FEM 2014).

Barisan Jawatankuasa Persatuan Alumni USIM : https://alumni.usim.edu.my/alumni-society/

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM