21 Februari 2023 – Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) diketuai Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang telah melaksanakan Kunjungan Muhibah ke Pusat Pengurusan Alumni dan Kebolehpasaran Graduan (PPAKG), UTeM Kampus Teknologi, Ayer Keroh, Melaka.

Alhamdulillah kunjungan PAK ke PPAKG dapat direalisasikan dalam usaha PAK mengembangkan jaringan sosial dan memperkukuh hubungan sesama universiti yang turut menjalankan fungsi sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr. Hazli Rafiz, Pengarah PPAKG UTeM menyatakan skop di UTeM merangkumi aspek kerjaya, kaunseling, alumni termasuk latihan industri yang kini sedang dalam proses pemfokusan kepada pengurusan alumni dan kerjaya. Pembentangan oleh pihak PPAKG memperlihatkan usaha dan pendekatan yang sama dilaksanakan bagi menyemarakkan kerjasama program bersama alumni boleh dijadikan rujukan dan nilai tambah secara bersama.

Hj. Mazlan Nawang pula berkata perkongsian dan cadangan boleh dicontohi untuk pendekatan meningkatkan mutu pengurusan alumni menjurus aspek-aspek yang menjadi petunjuk prestasi PAK secara menyeluruh.

Semoga lawatan seperti ini dapat memberi impak dan manfaat yang besar kepada kedua belah pihak selain pembangunan pengurusan alumni USIM secara keseluruhannya.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM