NILAI, 2 Ogos 2023 – Pusat Alumni dan Kerjaya menerima kunjungan alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang bergraduasi pada tahun 2019, Saudara Hassan Unus.

Kehadiran beliau ke pejabat Pusat Alumni dan Kerjaya menyaksikan tanda sokongannya kepada alma meter dan boleh membina hubungan lebih baik di antara pengurusan universiti dengan alumni.

Saudara Hassan Unus yang merupakan Pengasas Pertubuhan Semporna Prihatin berkongsi hasrat beliau yang sedia untuk bekolaborasi dan menyumbang kepada universiti pada aktiviti yang dianjurkan sekiranya diberi peluang.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang mengatakan sumbangan para alumni kepada USIM merupakan satu tanda rasa cinta dan penghormatan yang mempunyai nilai tersendiri.

Justeru, beliau mengharapkan agar perbincangan dan pertemuan yang sudah bermula ini akan berkekalan dan kata sepakat yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya pada masa akan datang.

Mewakili Pengurusan Universiti, Hj. Mazlan Nawang menyerahkan plak cenderahati ‘Jejak Alumni’ sebagai tanda ingatan dan kerjasama yang akan lebih erat terjalin pada masa akan datang.

Selamat Maju Jaya Alumni!
“Connecting Alumni, Supporting USIM”

 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM