NILAI, 17 Januari 2023 – Pemilik kepada syarikat pembinaan, RPG Education & Training Centre, En. Wan Azuhan Fauzi berkunjung ke Pejabat Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) untuk berkenalan dan melihat sisi pembaharuan kolaborasi yang boleh diadakan pada masa akan datang.

Kerjasama awal RPG Education & Training Centre dengan PAK terjalin menerusi sumbangan syarikat tersebut berjumlah RM130,000 pada tahun 2021 untuk pembinaan rumah berkonsepkan pejabat yang kini telah pun siap di Mizan Park Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dalam pertemuan, En. Wan Azuhan menyatakan hasrat untuk bekerjasama lanjut dengan USIM menerusi kepakaran dalam bidang yang tersedia di USIM.

Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang menerima cenderamata berbentuk replika “Traktor” sebagai simbol kerjasama di antara keduanya sebelum ini iaitu Program Kebolehpasaran Graduan (GE), KPT-Career Advancement Program.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM