18 Mac 2025 – PUSAKA USIM mempersembahkan Sampul Raya Edisi USIMIANS, sebuah koleksi istimewa yang direka khas bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan identiti USIM yang eksklusif dan bermakna.

   

Koleksi ini hadir dengan dua pilihan rekaan menarik, iaitu yang menampilkan konsep moden, minimalis serta elemen tradisi yang segar dan kontemporari sesuai Alumni USIM yang mempunyai pelbagai peringkat umur.

Setiap pakej mengandungi 10 keping sampul raya dan ditawarkan pada harga berpatutan RM8.00 sahaja. Dengan status stok sedia ada dan rekaan edisi terhad, pembelian awal amat digalakkan bagi mengelakkan kehabisan stok.