NILAI, 15 Mac 2023 – Teruja untuk memahami Bahasa Al-Quran, Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) menjalin kerjasama dengan Alumni Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Saudara Ab Adly Rabbanie b. Ab Rahim yang dilantik sebagai tenaga pengajar.

Melalui kelas ini, staf PAK akan mengikuti kelas setiap bulan bertempat di Rumah Alumni melalui modul pembelajaran yang disediakan merangkumi modul asas dan komunikasi harian. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada staf untuk memahami keperluan pelawat sekiranya perlu berkomunikasi dengan pelajar antarabangsa dalam satu-satu masa.

Saudara Ab Adly Rabbanie b. Ab Rahim merupakan Alumni tahun 2020 dan kini sedang menyambung pengajian dalam PhD di Universiti Putra Malaysia turut dijemput sebagai tenaga pengajar di sekolah dan tahfiz. Beliau amat menggalakkan penglibatan semua semasa di kelas Bahasa Arab kerana baginya melalui keinginan yang tinggi dan penglibatan penuh dalam kelas akan mendorong seseorang lebih mudah memahami, secara tidak langsung meningkatkan kefahaman.

“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.

(Surah Yusuf : 2)

 

 

 

 

 

 

“Jom Belajar! Mudahnya Bahasa Arab”

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM