PASIR PUTEH, 1 September 2023 – Pusat Alumni dan Kerjaya berkesempatan ke tapak niaga usahawan alumni yang mengusahakan perniagaan bakeri dan minuman hipster.

Terletak di lokasi pinggiran jalan di halaman kediamannya, perusahaan The Bakers Family milik Nur Syahida binti Abd Rahim di Kg Golok Pasir Puteh amat menarik dan juga strategik. Beliau mengusahakan perniagaan bersama suaminya yang juga alumni USIM.

Nur Syahida merupakan alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) berkongsi cerita tentang bagaimana beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan. Perniagaan tersebut pada awalnya diusahakan oleh ibu mertuanya. Selesai menamatkan pengajian pada tahun 2020, beliau membantu ibu mertuanya membuat biskut yang kebiasannya mengambil tempahan sempena Hari Raya dan juga tempahan menyediakan gubahan jambangan bunga.

Selain dari biskut raya, Nur Syahida juga mengambil tempahan kek hari jadi, untuk majlis-majlis dan sebagainya. Menurutnya lagi, tempahan kek bukanlah rutin harian justeru beliau membuat minuman yang mendapat sambutan daripada penduduk sekitar Pasir Puteh iaitu “KOPI NISAN”.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang menyerahkan plak cenderahati ‘Jejak Alumni’ sebagai tanda ingatan kunjungan pejabat alumni dan mengharapkan agar perniagaan yang diusahakan akan berkembang dengan baik pada masa akan datang.

Selamat Maju Jaya Alumni!
“Connecting Alumni, Supporting USIM”

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM