NILAI, 13 Mei 2023 – Dianggarkan hampir seramai 150 orang Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hadir ke Jamuan Aidilfitri Alumni USIM bertempat Galeri HEP. Kehadiran para alumni bersama ahli keluarga menjadikan jumlah tetamu hadir mencecah 300 orang.

Alhamdulillah jamuan Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah dengan kehadiran alumni dari pelbagai pelusuk negeri dari utara, selatan dan timur semenanjung. Pelbagai menu dan juadah tersedia antaranya hidangan Aidilfitri seperti lemang dan rendang, mi kari, mi sup, lontong, laksa serta kambing golek dan sate. Para alumni yang hadir turut membawa juadah masing-masing turut dialu-alukan sebagai penambah seri juadah yang disediakan.

Hadir sama ke Jamuan Aidilfitri adalah YB Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), YBrs. En. Mohd Hariri Mohamad Daud, Ahli LPU (Wakil Alumni), YBhg. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pengerusi Persatuan Alumni, YBrs Dr Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin

Pusat Alumni dan Kerjaya dengan kerjasama Persatuan Alumni USIM khas buat alumni USIM bagi agar sama-sama berhimpun meraikan Aidilfitri bersama rakan-rakan bertepatan objektif bagi menjalin sliaturrahim dan menghubungkan ukhwah sesama ahli keluarga.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para alumni yang menyumbang juadah dan juga sumbangan tenaga. Diharapkan semoga hubungan yang terjalin dapat dimanfaatkan bersama untuk kemajuan Universiti.


 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM