Pejabat Perhubungan Alumni yang telah ditubuhkan di bawah universiti pada Ogos 2010 dan telah dinaik taraf menjadi Pusat Alumni dan Kerjaya pada 1 Januari 2017 serta berperanan sebagai penghubung di antara alma mater (Universiti Sains Islam Malaysia), para alumni dan Persatuan Alumni USIM. Secara umumnya, Pusat Alumni dan Kerjaya memainkan peranan penting dalam menjana sumbangan dalam bentuk intelektual dan fizikal- daripada para alumni yang telah berada di sektor pekerjaan berbeza kepada universiti untuk meningkatkan mutu pembangunan pelajar.
Bersesuaian dengan peranannya, aktiviti-aktiviti ke arah pembangunan pelajar, terutamanya pelajar tahun akhir, dijalankan oleh Pusat Alumni dan Kerjaya untuk mempersiapkan diri mereka menghadapi dunia luar. Pusat Alumni dan Kerjaya juga menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh para alumni dan Persatuan Alumni USIM yang mendapat mendekatkan diri mereka dengan USIM dan sesama mereka atas dasar ikatan teguh dengan alma mater.
Pusat Alumni dan Kerjaya mengharapkan sokongan dan sumbangan daripada para alumni dan Persatuan Alumni USIM dalam membawa USIM ke arah universiti terkehadapan, berasaskan pengajian Islam.