NILAI, 20 Mac 2023 – Inspirational Talk edisi Ramadan membawakan perkongsian daripada alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) tahun 2007, En. Mohd Hakimi Ali.

Beliau yang kini merupakan Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni USIM menyampaikan topik bersempena menyambut bulan Ramadan, Marhaban Ya Ramadan untuk sama-sama membuat persediaan dalam menyambut Bulan Ramadan.

Perkongsian yang disampaikan menerusi Facebook Persatuan Alumni USIM jam 9.30 malam dan boleh dilayari pada link : https://fb.watch/jo6quhAIkp/?mibextid=irwG9G

Pusat Alumni dan Kerjaya  menyediakan saluran perkongsian yang dinamakan Inspirational Talk bagi menghidangkan pelbagai topik menarik yang disampaikan oleh alumni-alumni USIM dari pelbagai bidang dan kepakaran.

 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM