INDONESIA, 18 Oktober 2023 – Majlis Makan Malam bersama Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Indonesia berlangsung dengan jayanya bertempat di Malaysia Hall, Menteng Jakarta Selatan. Majlis ini telah menghimpunkan seramai 28 orang alumni USIM melibatkan 68 orang alumni seluruh Indonesia hadir secara keseluruhannya.

Majlis telah dihadiri oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bagi meraikan bersama pertemuan yang julung kali diadakan. Pada majlis yang sama beliau turut menyerahkan sijil pelantikan sebagai Wakil Alumni Chapter Indonesia kepada Elvan Syahputra dengan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff.

Naib Canselor USIM dalam ucapannya mengharapkan agar alumni yang hadir dapat sama-sama memperkenalkan kelebihan USIM kepada rakan yang lain dan berpesan agar mejadi alumni USIM yang boleh dibanggakan.

Pengurusan Tertinggi Universiti mengharapkan agar pertemuan ini dapat dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang bagi mengukuhkan hubungan. Selain itu, secara rasminya Alumni Indonesia menjadi ejen pelajar Indonesia untuk menyambung pengajian di USIM.

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang bersama delegasi Pengurusan Tertinggi Universiti.

   
 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM