KOTA BHARU, 31 Ogos 2023 – Seramai lebih 170 keluarga alumni berhimpun di Majlis Makan Malam To-Gather Chapter Pantai Timur anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya bertujuan menjejak alumni serta menyediakan ruang bertemu dalam kalangan alumni dari pelbagai latar belakang berbeza.

Encik Mohd Dina Sidek yang merupakan alumni kumpulan pertama, tahun 2003 dilantik secara rasmi sebagai wakil alumni Pantai Timur berbesar hati menjadi tuan rumah kali ini agar matlamat perhimpunan dapat dicapai dan menjadi penanda aras bagi chapter alumni zon lain.

“Alhamdullillah, majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan sebagai satu fasa membina hubungan dan ikatan lebih kuat bersama para alumni,” ujarnya.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang berharap agar alumni yang hadir dapat menjadi pendorong pembangunan chapter zon lain dan mendoakan agar para alumni dapat memberi sokongan dan penglibatan aktiviti agar semakin berjaya dan maju.

YBrs. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) hadir meraikan majlis berkata peranan alumni USIM sewajarnya menjadi lebih terkehadapan dalam hal pembangunan insan dan hal ehwal Islam. Justeru, pelbagai isu dan cabaran harus di juarai selain berketerampilan dalam bidang kerjaya yang diceburi.

Pada majlis yang sama, majlis berbesar hati menerima jumlah terkumpul Tabung Kebajikan Alumni sebanyak RM600. Majlis diserikan dengan acara cabutan bertuah para alumni serta meraikan Hari Kebangsaan ke-66 menerusi acara potong kek.

To-Gather Chapter Pantai Timur menghimpunkan seramai 110 orang alumni dari semua fakulti menjadikan jumlah keseluruhan mencatatkan Fakulti Pergigian (FPg) dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) paling rendah penglibatan alumni manakala Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) paling tinggi.

Sekalung terima kasih kepada para alumni yang memberi sokongan dan sumbangan dan tajaan cabutan bertuah antaranya En. Haizul Arny, Pengasas Pengasas Genius Tablet by HANANA; Lukman Nulhakim, Pengurus Syarikat LNC Printroom; En. Dina Sidek, Wakil Chapter Pantai Timur; En. Fathullah Abdul Aziz sumbangan kek Hari Kebangsaan dan Puan Nor Wajihah Atiqullah, Pengasas Bake & Bite Kitchen bagi sumbangan biskut sebagai goodies.



 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM