25 Februari 2023 – Hari Sukan Alumni USIM tahun ini julung kali diadakan bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah dan berjaya menghimpunkan seramai 120 alumni termasuk ahli keluarga.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff hadir merasmikan acara bermula seawal pagi mengatakan rasa berbesar hati dengan penyertaan dan sambutan yang diterima.

Prof. Dr. Adnan dalam ucapannya mengharapkan agar semua alumni dapat sama-sama menghidupkan Persatuan Alumni USIM dan kembali berhubung agar ukhwah dapat terus diperlihara.

“Pengurusan juga sedang berusaha untuk memperkasakan insentif penggunaan kad alumni agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh alumni termasuk merencana penganjuran Program Mega Himpunan Alumni yang akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa Pusat Tanggungjawab USIM,” ucapnya lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari Sukan Alumni USIM diurusetiakan oleh Kelab Sahabat Alumni (KSA) telah menerima penyertaan sebanyak lima (5) pasukan bola sepak, tiga (3) pasukan bola tampar termasuk beberapa aktiviti kanak-kanak. Alhamdulillah untuk permulaan penganjuran alumni USIM serata negeri hadir bukan hanya sekitar Lembah Klang, malah dari Johor, Terengganu, Kelantan, Perak dan Sabah.

Turut hadir memeriahkan acara adalah Mantan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Wakil Alumni) Mohd Hariri Mohamad Daud, Pengarah Pusat Sukan En. Ekmal Buhary juga Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya Hj. Mazlan Nawang bersama Persatuan Alumni USIM.

Semoga usaha seperti ini dapat mencapai hasrat menjadikan negara sebagai ‘Malaysia Madani’, di samping dapat menggalakkan penglibatan semua alumni USIM untuk bersama-sama turun padang menyertai aktiviti/program yang dianjurkan.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM