NILAI, 18 Julai 2023 – Forum Mengangkasa Alumni UA menjadi wadah perkongsian pengalaman dan buah fikiran di antara wakil alumni UniSZA, USIM dan UMS bersempena Sambutan Hari Alumni Universiti Awam 2023 yang disambut pada 18 Julai setiap tahun.

Dr.. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin, Pengerusi Persatuan Alumni USIM mengemudi forum menyimpulkan bahawa pandangan dan perkongsian pengalaman jemputan alumni mampu memberi nilai tambah dan mewujudkan amalan baharu yang boleh dipraktikkan di universiti masing-masing.

“Mahasiswa yang ada di Universiti Awam perlu menyatukan ilmu akademik dan kehidupan untuk persediaan menjadi lebih matang dan mampu menghadapi pelbagai cabaran selepas keluar dari universiti,” ujar Lt. Kol. Nadzri Musnman, panel alumni UniSZA.

Bagi Encik Mohd Rasmalyzan Abd Rashad, panel alumni UMS, beliau melihat mahasiswa UMS ramai dari semenanjung. Pihak pengurusan pelajar UMS amat mengambil perhatian dan meraikan kumpulan pelajar ini dan membuktikan tiada jurang dan tahap keharmonian serta keprihatinan pengurusan mewujudkan rasa cinta tinggi kepada universiti ini setelah bergelar graduan UMS. Justeru, peranan universiti amat memberi kesan kepada pelajar setelah berhelar graduan.

Manakala Muhammad Zulfakar Rosli, panel alumni USIM melihat penglibatan alumni melalui pemerkasaan dan penglibatan dalam aktiviti university.

“Mahasiswa adalah aset kepada negara. Pada masa sama, alumni juga adalah aset kepada universiti. Universiti boleh mempelbagaikan cara dan program melibatkan alumni untuk menerbitkan rasa cinta dan kenangan alumni sewaktu berada di universiti dan ia secara tidak langsung menebalkan rasa sayang kepada alma meter,” ujarnya.

Datuk Seri Ahmad Burak, Alumni UPSI antara penonton yang turut serta dalam forum berpandangan wajar untuk wakil alumni dilantik dalam Dewan Negara. Beliau secara peribadi berpandangan peruntukan dana untuk persatuan alumni universiti awam menjalankan gerak kerja.

Lt. Kol. Nadzri Musnman kini berkhidmat sebagai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia manakala Muhammad Zulfakar Rosli sebagai Pengasas Ab Food Asia Sdn Bhd dan Mohd Rasmalyzan Abd Rashad bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi UOR Food Industries Sdn Bhd.

Forum kali ini merupakan anjuran Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Sabah. Syabas diucapkan!

Rakaman forum : https://fb.watch/muXmXw1SPu/

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM