PROFIL MENTOR USAHAWAN ALUMNI
Dr. Mohd Shaari Abd Rahman adalah Pensyarah Kanan Pengarah Pusat Keusahawanan dan Kerjaya, di Universiti Malaysia Trengganu (UMT). Mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) 1999; Sarjana dari Universiti Birmingham, United Kingdom 2002 dan peringkat PhD di Universiti Tasmania, Australia pada tahun 2008. Dr Mohd Shaari Abd Rahman mendapat banyak latihan dan pendedahan dalam bidang keusahawanan seperti dalam INSKEN Business Facilitator Training, Biskaunselor Induction Training Programme, Executive Certicate for Entrepreneurial Leaders, Train the Trainer Alibaba GE MudaPreneur@HE, Professional Certicate for Entrepreneurship Educators. Dr Mohd Shaari Abd Rahman juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Siswa UMT (KosiswaUMT) dan menjadi penulis modul Tunas Usahawan Bumiputera 2.0. Beliau mempunyai banyak sijil kelayakan mengajar dan melatih terutamanya dalam bidang berkaitan NLP seperti Certied NLP Trainer (ANLPM); Certied Trainer NLP for Studentsdan lain-lain lagi. Selain itu juga, beliau mempunyai sijil latihan seperti HRDF Certied Trainer (TTT/27379); Certifed Master Practitioner of The Take Charge! Learning dan lain-lain lagi. Dr Mohd Shaari Abd Rahman telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UMT (Anugerah Khas) 2018; Anugerah Pengajar Cemerlang UMT (Kategori Fakulti) 2009; Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UMT 2008 & 2011; Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2009, 2010, 2012, 2014, 2015 & 2016; dan Tauliah Kehormat PSSTLDM, Leftenan Komander (Kehormat).