NILAI, 14 Februari 2023 – USIM sekali lagi akan bekerjasama dengan PERKESO untuk menganjurkan “Karnival Kerjaya USIM X PERKESO” yang dijangka bakal diadakan pada November 2023. Kata sepakat dan percambahan idea dirangkumkan dalam pertemuan ringkas bertempat di Bilik Perbincangan Pusat Alumni dan Kerjaya.

Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Hj. Mazlan Nawang menyatakan kerjasama dengan pihak PERKESO amat dialu-alukan. Ini memandangkan sambutan pengunjung yang hadir pada tahun lalu amat memberansangkan bukan sahaja warga USIM malahan penduduk sekitar USIM dan berdekatan Nilai.

“Objektif penganjuran bersama bukan sekadar menjayakan kebolehpasaran graduan (GE) namun ia termasuk membuka ruang kebolehkerjaan kepada rakyat Malaysia amnya dan penduduk sekitar khusunya.  Sejajar dengan penekanan Kementerian, USIM berbesar hati menjadi lokasi utama Karnival Kerjaya sebagai pengembangan kerjasama dan membina rangkaian bersama industri,” Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya.

Usul tersebut disambut baik oleh wakil PERKESO Cawangan Seremban, Pn. Afifah Nasution Sulfan Syah, Ketua Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Cawangan Seremban. Beliau yang hadir bersama Cik Nor Syakira menyatakan tanggungjawab mereka melaksanakan gerak kerja ke lapangan di sekolah-sekolah dan institusi Pendidikan bagi melaksanakan misi zero pengangguran. Peranan unit ini meliputi memberi pendedahan menyediakan resume bermutu selain mendapatkan industri bersesuaian bagi menyediakan peluang pekerjaan kelompok yang memerlukan.

Menurutnya lagi, kejayaan sambutan Karnival Kerjaya USIM X PERKESO pada tahun lepas mendapat perhatian daripada Ibu Pejabat PERKESO dengan kehadiran seramai 945 pengunjung. Justeru pada tahun ini diharapkan mendapat sambutan setara malah lebih agar hasrat menyediakan saluran peluang pekerjaan kepada graduan dan individu yang mencari pekerjaan dapat dipenuhi.

Statistik Karnival Kerjaya USIM X PERKESO 2.0

Pada tahun lepas seramai 30 majikan terlibat Karnival Kerjaya USIM X PERKESO 2.0 manakala pada tahun 2021 (Karnival Kerjaya USIM X PERKESO 1.0) berlangsung lancar walaupun secara maya susulan pandemik Covid-19 .


PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

 Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM