NILAI, 18 Oktober 2023 – Menjadi rutin setiap bulan menikmati keindahan kampus USIM, Pusat Alumni dan Kerjaya mengambil kesempatan masa menjalankan aktiviti brisk walk. Aktiviti brisk walk bermula dari Bangunan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan berakhir di Rumah Alumni bagi menjalankan Komuniti Pintar dalaman jabatan iaitu gotong royong pembersihan dan keceriaan di sekitar Rumah Alumni bertempat di Mizan Park.

Aktiviti seperti ini memberi ruang kepada kakitangan untuk mengimbangi rutin selain bekerja selama 8 jam turut melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada tubuh badan.

Diharapkan agar pelaksanaan aktiviti ini memberi kesan yang baik kepada seluruh kakitangan demi meningkatkan keupayaan diri sendiri dan mengimbangi aktiviti dalam kehidupan seharian.

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM