NILAI, 20 Januari 2023 – Banat Kafe menyediakan 11 menu ‘sandwich’ semestinya telah mendapat tempat di hati komuniti sekitar Nilai.
Kali ini Pusat Alumni dan Kerjaya berkesempatan ke kafe perniagaan milik dua alumni bertempat di Bandar Baru Nilai. Pemiliknya, Fatin Wahidah Safiai dan Fatin Nurjihan Burhanuddin merupakan graduan Fakutli Pengajian Quran dan Sunnah tahun 2017 telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak 2015 dari dapur rumah sewa semasa pengajian di USIM.
Fatin Nurjihan berkata idea tercetus apabila melihat tiada kedai berkonsepkan perniagaan khusus makanan ‘sandwich’ selain pada masa itu mendapat permintaan tinggi dan sambutan baik melalui perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan.
Banat Kafe terdiri dari 7 pekerja dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 6 petang turut menyediakan khidmat penghantaran sekitar Nilai termasuk ke Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Kajang malah Kuala Lumpur juga beserta caj penghantaran. Pelanggan boleh juga menikmati menu sandwich di kedai kerana Banat Kafe menyediakan menu lain dan set menu lengkap dengan minuman pilihan.
Menurut Nurjihan lagi, nama syarikat, Banat dalam Bahasa Arab bermaksud anak-anak perempuan adalah selari perniagaan mereka berdua mampu berkembang dan membangun sehingga kini. Turut dikongsikan, pengeluaran sandwich dalam sehari boleh mencecah lebih 20 kotak besar bersaiz L (50 keping) dan hampir 30 kotak bersaiz M (24 keping) dengan kadar harga sekitar RM 25 ke RM50 mengikut kuantiti.
Kafe yang terletak di lokasi strategik mudah untuk dikunjungi oleh penduduk sekitar. Banat Kafe turut mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri dan juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis dan keraian.
Pendapat :
Secara keseluruhan, Pusat Alumni dan Kerjaya sangat recommended untuk semua warga USIM dan penduduk sekitar cuba dan singgah ke kafe ini lebih-lebih lagi menu Grilled Beef, BBQ Chicken. Menu lain tidak kurang menariknya. Semoga perniagaan ini terus maju dan berkembang baik.
Alamat Facebook : https://www.facebook.com/banatsandwichnilai/
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM