KUALA TERENGGANU- Bake & Bite Kitchen menerima kunjungan dari Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang di Flat Gelong Bilal,Pasir Panjang,Kuala Terengganu pada 31 Januari 2023. Pengusaha Bake n Bite, Pn. Nor Wajihah Atiqullah merupakan Alumni USIM bergraduasi tahun 2014 dalam jurusan Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains & Teknologi (FST), USIM.

Pn. Wajihah mula meminati bidang perniagaan semasa menuntut di USIM. Minat beliau terhadap bidang ini membuatkan beliau berhasrat membuka cafe di FST, USIM sebelum berpindah ke Terengganu dan mengusahakan perniagaan di sana secara dalam talian pada awal tahun 2019. Bake n Bite mula menjalankan operasi sepenuhnya di kedai pada September 2021.

 

Antara jualan TERLARIS di sini adalah, custom cake, Lasagna, Spaghetti Carbonara, Bolognese, Cream puff dan sebagainya. Konsep Bake n Bite yang berasaskan bakeri ini mempunyai banyak variasi membuatkan pelanggan tidak keruan dengan menu yang disediakan.

Hasrat beliau pada tahun 2023 ini adalah beliau ingin melihat Bake & Bite berkembang di Kuala Terengganu & juga pasaran luar iaitu di negeri-negeri lain juga. Semoga usaha Pn. Wajihah untuk mengembangkan perniagaan ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Hubungi :
Pn. Wajihah, Pengusaha  Bake& Bite
Flat Gelong Bilal,Pasir Panjang,Kuala Terengganu
📲 0145154930 (whatsapp)