Penulis : Ahmad Taqiyuddin, Alumni Fakulti Sains dan Teknologi

‘Dox’ atau ‘doxxing’ adalah tindakan mengintip informasi peribadi seseorang secara publik tanpa persetujuan mereka. Ia biasanya dilakukan dalam rangkaian digital, dan tujuannya adalah untuk menjatuhkan maruah mangsa atau membalas dendam. Tindakan ‘doxxing’ dapat merosakkan reputasi dan membahayakan keselamatan seseorang, terutamanya apabila maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon dan butiran peribadi lain yang sensitif dikongsi secara terbuka.

‘Dox’ dapat menyebabkan ancaman privasi dan keselamatan, bahkan ancaman kekerasan fisik. Selama perayaan Hari Raya, kita cenderung lebih terbuka dengan orang lain dan mengongsikan cerita peribadi. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua orang memiliki niat baik.

Berikut adalah beberapa tips untuk menghindari ‘dox’ di Hari Raya:

⦁ Bercerita dengan hati-hati: Pastikan untuk tidak memberikan informasi peribadi yang sensitif. Hindari memberikan informasi seperti nombor telefon atau alamat rumah kepada orang yang tidak dikenali.

⦁ Gunakan privasi di media sosial: Pastikan privasi di akaun media sosial anda untuk membatasi akses kepada orang yang anda tidak kenali.

⦁ Berhati-hati dengan pesan teks: Jangan membalas dan melayan pesan teks dari seseorang yang anda tidak kenali. Pesan teks dapat digunakan sebagai cara untuk memperoleh informasi peribadi anda.

⦁ Jangan membuka email dari pengirim yang tidak anda kenal: ‘Email/Link phishing’ dapat digunakan untuk memperoleh informasi peribadi anda. Pastikan untuk tidak membuka ‘link’ dari pengirim yang tidak anda kenal.

⦁ Periksa kembali informasi peribadi yang anda kongsi: Pastikan untuk memeriksa kembali informasi yang anda kongsikan dengan orang lain. Jangan beri orang lain untuk mengambil foto atau video anda kongsi tanpa izin. Anda juga dinasihatkan agar tidak meletakkan sensitif informasi seperti lokasi anda semasa memuat naik gambar perayaan.

Dalam Al-Quran, Allah mengingatkan kita untuk tidak mencampuri urusan orang lain. Dalam Al-Quran, ayat Al-Hujurat ayat 12 boleh digunakan sebagai panduan mengenai larangan ‘doxxing’:

ْغتَب بَّ ْع ُض ُكم بَ ْع ًضا..” َوَلا يَ ۟ َج َّس ُسوا َوَلا تَ ..”

“..dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..” (Al-Quran 49:12).

Ayat tersebut menegaskan larangan terhadap tajassus dan mencari kesalahan orang lain. Dalam konteks ‘doxxing’, tindakan ini melanggar ajaran agama dan nilai-nilai moral serta sosial. Membocorkan maklumat peribadi seseorang secara tidak sah merupakan bentuk penghinaan dan pelanggaran privasi individu.

Tindakan ‘doxxing’juga dapat menyalahi prinsip ini dan juga dapat mengancam individu yang menjadi mangsa. Dalam Islam, menjaga privasi orang lain adalah satu amalan yang ditekankan. Oleh itu, kita harus menghormati privasi orang lain seperti kita menghormati privasi diri kita sendiri.

Kita harus mengambil pendekatan berhemah dalam berurusan orang lain, dan tidak memaparkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran mereka.

Akhir kalam, ‘doxxing’ adalah satu tindakan yang merbahaya yang boleh membahayakan reputasi dan keselamatan seseorang. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah dan berjaga-jaga untuk melindungi maklumat peribadi anda dan mengelakkan daripada menjadi mangsa ‘doxxing’.

Kita juga diingatkan untuk menghormati privasi orang lain dan tidak mengintip orang lain secara fizikal mahupun di alam maya. Ingatlah untuk sentiasa mematuhi dasar privasi dan keselamatan digital dan mengelakkan dari berkongsi maklumat peribadi yang sensitif secara terbuka.

Penulis Ahmad Taqiyuddin kini sedang menyambung pengajian peringkat Sarjana merupakan Alumni USIM dari Fakulti Sains dan Teknologi, bergraduasi pada tahun 2021.

 

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM