NILAI, 1 April 2023 – Bersempena bulan Ramadan 1444H, Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) menganjurkan Majlis Iftar Alumni USIM bertempat di Galeri Canselori dan telah berjaya menghimpunkan seramai hampir 80 keluarga alumni.
Alhamdulillah, Majlis Iftar Alumni USIM mencapai matlamat penganjurannya sebagai ruang menjalin ukhwah rakan-rakan alumni dan medan perjumpaan alumni yang datang dari pelbagai daerah termasuk Lembah Klang.
Pengerusi Peratuan Alumni USIM, Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kehadiran alumni yang sama-sama mengambil masa hari minggu untuk memeriahkan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan alumni.
Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Persatuan Alumni USIM yang dalam ucapannya mengucapkan syukur dan menghargai kehadiran alumni yang sudi meluangkan masa memeriahkan majlis iftar di USIM. Beliau turut menyarankan agar kerjasama serta silaturrahim yang terjalin boleh menyemarakkan rasa kebersamaan dan kesatuan persatuan selain menjemput kehadiran alumni pada program-program anjuran di USIM pada masa akan datang.
Majlis Iftar Alumni USIM kali ini bukan hanya terdiri daripada Alumni yang berkhidmat di USIM malah daripada alumni yang berkhidmat di pelbagai agensi. Turut hadir ke majlis adalah Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang dan Mantan Pengarah PAK, En. Asri Husain.
Daripada Ummu Ammarah, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube Tiktok) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM