NILAI, 20 Januari 2023 – Hasrat membina dan menjalin hubungan dan kerjasama strategik dengan agensi luar menjadi salah satu agenda Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK).
Pengarah PAK menerima kunjungan hormat dari Resilient United Sdn Bhd dalam usaha menghasilkan impak positif serta manfaat kepada mahasiswa khususnya alumni dalam pembangunan sumber manusia yang mahir dalam kemahiran insaniah (soft skills).
“’Soft skills’ merujuk kepada sikap atau kekuatan dalaman pada diri individu untuk berinteraksi (kemahiran individu) dan kemahiran yang melibatkan interaksi sosial dalam masyarakat (kemahiran interpersonal). Kesimpulannya, ia menjurus kepada kemahiran berkomunikasi,” ujar Pengarah Eksekutifnya, Encik Abdul Hadi bin Samsu.
PAK menyambut baik kehadiran pelbagai agensi bagi membina jaringan bagi memperkasa hal ehwal pengurusan alumni dan kebolehpasaran graduan.
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM