NILAI, 11 Januari 2023 –  Bertepatan dengan azam tahun baharu, warga kerja Pusat Alumni dan Kerjaya (PAK) menyertai program anjuran Pusat Sukan dan Pusat Islam yang pertama tahun 2023 bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah.

Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang berkata program riadah dan santai ini memberi ruang rehat dan terapi yang wajar dilaksanakan agar rutin bekerja turut diseimbangkan dengan aktiviti luar pejabat.

Prof. Dr. Adnan Mohammed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang juga hadir menyatakan pengisian seperti ini adalah amat baik dalam usaha menerapkan aspek Naqli dan Aqli kepada warga kerja disamping dapat menjalin ukhwah di antara rakan sekerja dari jabatan berbeza.

Pengisian yang dapat diikuti antaranya solat sunat dhuha, solat sunat hajat, senaman ringan, brisk walk dan tazkirah sihat daripada Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti yang berkongsi amalan sihat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian yang menuntut melunaskan ibadah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.

Perkongsian Dr. Nik yang boleh diamalkan:

  • Mengatur waktu tidur awal supaya bangun tidur dapat melaksanakan ibadah di awal waktu
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan minum air putih secukupnya
  • Disaran berpuasa sunat untuk manfaat rohani dan juga fizikal dan kesihatan
  • Memperuntukkan 20 minit kepada cahaya matahari utnuk mendapatkan vitamin D
  • Tidak melihat telefon di saat waktu tidur kerana boleh mengganggu kualiti tidur

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM

Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM