Nilai, 11 Januari 2023 – Pusat Alumni & Kerjaya menerima Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2022/2023 yang diketuai oleh Shamsul Aiman Mua’mar Shamsul Bahrin, Yang DiPertua.
Pengarah PAK, Hj. Mazlan Nawang menyatakan harapan agar kerjasama baik yang bakal terjalin berjaya dilaksana melalui perancangan penganjuran program untuk pengisian bermanfaat kepada warga pelajar USIM dan persatuan pelajar yang lain.
Barisan wakil MPP 2022/2023 yang hadir dalam pertemuan di Bilik Mesyuarat HEP
“Semoga gerak kerja MPP ini dapat dijadikan contoh kepada pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai perantara pengurusan pentadbiran dan juga badan pelajar. Semoga anda dapat melakukan yang terbaik dalam menguruskan kebajikan mahasiswa/i dengan telus, cekap, dan pantas.”
Insya Allah, dengan dedikasi dan kepimpinan yg dibawa MPP ini dapat memperkukuh kerjasama yang sedia ada bagi melonjakkan nama USIM sejajar misi MPP, “Bersama Mentransformasi Inovasi”.
PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM