Ahmad Mu’izz Bin Mohd Yusof, Pengarah SME Corp, Negeri Sembilan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sempat berkhidmat sebagai seorang peguambela dan peguamcara di Tetuan Lim Han Boon & Co selama 6 bulan. Pada September 2012 beliau telah memulakan khidmat beliau sebagai Pegawai Undang-Undang di SME Corp. Malaysia selama 2 tahun dan juga sebagai Pegawai Perhubungan Awam kepada organisasi ini selama 3 tahun. Semenjak Mei 2018, beliau telah mula melaporkan tugas sebagai Pengarah SME Corp. Malaysia Negeri Sembilan sehingga kini. Beliau terlibat secara langsung di dalam penggubalan Akta PKS Kebangsaan yang kini sudah di peringkat akhir untuk pembentangan di parlimen. Selain itu beliau juga giat di dalam agenda pembangunan usahawan Negeri Sembilan dengan penglibatan aktif di dalam Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang bertanggunjawab mengurus Tabung Usahawan Negeri Sembilan, pembentangan belanjawan tahunan bagi program keusahawanan Negeri Sembilan dan penganjuran program pembangunan usahawan secara menyeluruh.
Ahmad Mu’izzwebmaster2020-11-19T00:33:57+08:00