Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024 – Kejayaan En. Hassan Unus alumni Fakulti Ekonomi dan Muamalat tahun 2019  sebagai penerima Anugerah Alumni Muda Harapan, sempena Majlis Malam Alumni Universiti Awam 2024 (MAL’24) pastinya menjadi titik permulaan yang sukar dilupakan.

Beliau yang merupakan anak kelahiran dari Papar, Sabah telah memilih USIM  untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan minat beliau dalam bidang kesukarelawanan membuatkan beliau menubuhkan Semporna Prihatin dalam membantu masyarakat Semporna yang terkesan dengan Pandemik Covid-19.

Semporna Prihatin juga berperanan untuk membantu masyarakat Semporna meningkatkan taraf ekonomi dengan menyediakan modal berniaga kepada golongan fakir miskin untuk meneruskan kehidupan.

Majlis yang diadakan setiap dua 2 tahun sekali itu turut menyaksikan YB Menteri Pendidikan Tinggi menyampaikan anugerah kepada para alumni universiti awam yang berjaya dalam bidang kepimpinan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta mereka yang aktif dalam memberi sumbangan kepada universiti masing-masing dan komuniti.

Petikan dari YB Menteri Pendidikan Tinggi selepas hadir menyempurnakan MAL’24, beliau mengharapkan keterlibatan yang lebih aktif dan kerjasama yang utuh daripada para alumni dalam kesediaan menyumbang kembali kepada alma mater masing-masing bagi memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara.

Semoga En Hassan Unus menjadi ikon kepada semua khususnya alumni USIM dalam khidmat bakti kepada universiti, masyarakat dan negara.

#alumniusim
#sayangusim
#connectingalumnisupportingusim