BANGI, 15 Mei 2024 – Seramai 20 orang pelajar USIM hadir ke Hari Kerjaya UKM bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Perjalanan yang mengambil masa kurang 30 minit ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya :

✅ Forum Kerjaya
✅ Pameran Kerjaya
✅ Sesi Cabutan Bertuah
✅ Sesi Semakan Resume
✅ Sesi Kaunseling Kerjaya
✅ Sesi Soal Jawab dengan Pelbagai Majikan & Industri
✅ Jualan Kusahawananan

Sesi cabutan bertuah yang diadakan oleh penganjur, berpihak kepada dua pelajar USIM dengan membawa hadiah 1x bagasi dan 1x earpod yang semestinya menjadi tarikan utama sepanjang program dijalankan.

Bagi mereka di luar sana yang sedang mencari peluang pekerjaan, jangan lepaskan peluang menyertai mana-mana program kerjaya yang dianjurkan oleh agensi dan pihak syarikat. Insya-Allah anda akan berjumpa dengan karier yang sesuai buat jiwa anda.

     

     

PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA (PAK)
Connecting Alumni, Supporting USIM
Laman Web Rasmi : http://alumni.usim.edu.my/
Laman Sosial (FB IG Youtube) : Pusat Alumni dan Kerjaya USIM