Pihak KPM telah memperkenalkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) sebagai alat bagi mengukur pratusan kadar GE di kalangan Universiti Malaysia. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) dilaksanakan juga untuk mendapat gambaran sebenar kadar kebolehdapatan kerja (employability) di kalangan graduan baharu, memahami isu-isu berkaitan pekerjaan, kebolehpasaran (marketability), employability dan majikan graduan. Kajian ini penting untuk mendapat maklum balas dari graduan berkaitan beberapa aspek penting institusi di samping membantu kerajaan dalam membuat keputusan dan menggubal polisi berkaitan pekerjaan graduan berasaskan fakta yang jelas. Sasaran kajian adalah untuk semua graduan yang layak berkonvokesyen dan tempoh kajian bermula sebelum dari Majlis Konvokesyen hingga selepas Majlis Konvokesyen.

Important Date for SKPG

Tarikh Perkara
3 November 2020 SKPG 1 dibuka untuk bakal graduan USIM mengisi
31 Januari 2021 Cut-off date SKPG 1
1 Februari 2021 SKPG 2 dibuka untuk bakal graduan USIM mengemaskini
31 March 2021 Cut-off date SKPG 2
1 April 2021 Laporan GE UA